Ijab dan Kabul

Sunday, 8 January 2012

Lasagna daging mudah - untuk org yg suka mkn tp malas sikit bab masak2nya hehe



1. Kulit lasagna dlm 8 keping (rendam dlm air panas 15min)


Untuk bahan dagingnya
1. 4 keping daging burger lembu Ramly - dinyahbekukan, hancurkan guna tgn blh, garfu pun blh..mana2lah
2. sepeket kecil Secukup rasa atau Tumix ayam yg rega 50sen tuh (gaul rata dgn daging dan perap)
3. Bwg putih 3 ulas - diracik halus/blend
4. Bwg merah 5 ulas - diayang halus/blend
5. Cili giling/ ciliboh (sebanyk yg anda mahu)
6. sedikit minyak utk menumis
7. Satu tin Sos Prego Spaghetti  - sy malas nak masak kuah spt biasa heheh
1. satu tin cendawan butang - potong nipis

Untuk sos merahnya
1. Satu tin yg kecil tomatoo puree - sy beli ayam brand yg kecil

Untuk sos putihnya
1. Sedikit mentega
2. Dua sudu makan tepung gandum
3. Keju saya guna Kraft Cheddar tuh 4 keping
4. 1 cawan susu cair (jika mahu ..klu tak nak letak je air panas..tp blh jugalah)
5. Serbuk lada hitam
6. Secubit je garam..jgn over

panaskan oven 180C 10minit

cara : Untuk kuah dagingnya
1. Tumiskan bwg putih, bwg merah naik bau.
2. Tumiskan cili kisar (sy guna 2 sudu besar..baru rasa kaww)
3. Masukkan daging yg telah sedia dicampur gaulmesra dgn Tumix ayam tuh.
4. Tuangkan setin sos spaghetti (dilain entry sy ajar buat sendiri, kompem sedap)
5. Masukkan kepingan cendawan butang
6. Masak hingga kuahnya pekat. Jgn taruk garam ye.. please nnt masin.
Ketepikan dan sejukkan

Cara : Untuk buat kuah putih
1. Kita akan belajar buat roux (ru) yeyeah!
1. Panaskan periuk, masukkan mentega 2 sudu besar
2. Masukkan 2 sudu besar tepung gandum, pastikan tidak bergentel (kacau pelan2 kalau eloknya guna whisker) - ni namanya roux ye (klu buat lbh blh simpan dlm fridge, blh guna utk roux makanan barat yg lain)
3. Masukkan 1 cawan susu cair
4. Masukkan 4 keping keju tu
5. kacau rata, secubit je garam dan lada hitam ikut rasa yg anda suka - bila dah likat, tutup api dan sejukkan.

Jom kita buat k:
1. Susun lasagna sheets 2 keping
2. Sapukan sesenduk kuah tomato
3. Sapukan inti daging
4. Sapukan kuah putih
5. Tabur hirisan cheese 2 keping
6. ulang lagi hingga dpt 3 lapisan lasagna
7. Letak 2 lapisan lasagna yg terakhir.
8. Sapukan kuah merah (puree tomato sampai tenggelam warna kulit)
9. Taburkan hirisan cheese chese yg terakhir

Masukkan dlm oven 190C 30minit.
Bila dah masak..please sejukkan dulu ye..
baru le keluarkan, baru nampak cantik lasagna tuh

Boleh makan hingga 8 kanak2 atau 4 org dewasa

* Saya suka masak cuma mcm biasa sy tdk rajin..jadi bila malas saya buat cara yg mudah.
psstttt .. klu nak lagi mudah silakan klik disini ye http://www.campbellsoup.com.my/recipe_info_300076.htm

2 comments:

  1. hi..blog walking here..singgah ler blog sy gak kat http://precioushandsatelier.blogspot.com/ tgk bunga2 cantik mekar dlm cara berbeza ssuai utk deko umah anda atau sebagai hadiah wat yg tersayang...

    ReplyDelete
  2. insha Allah. sy baru thn nin buka blog

    ReplyDelete