Ijab dan Kabul

Sunday, 1 May 2011

Kerabu daging







jengah blog DTS mmg selalu tercabar selera hahhaha. 
ni kopi pes je dr Blog DTS (ada link kat atas tu ye).

Resepinya ialah:

300 gram daging batang
1 biji timun saiz kecil
5 biji bawang merah, hiris
2 kuntum bunga kantan, hiris halus
1 batang serai, ambil bahagian putih, hiris halus
5 biji cili padi, hiris halus
2 helai daun limau purut muda, hiris halus
4 camca besar pati santan
5 -6 biji limau kasturi, perah jusnya
Gula secukup rasa
Sos ikan secukupnya

BAHAN TUMBUH HALUS :-)
2 biji cili merah
4 biji cili padi
1 inci belacan, dibakar

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Daging direbus bersama sedikit garam hingga lembut, sejukkan dan potong kecil, isi dalam bekas. Timun belah 4, buang empulur dan hiris serong nipis setiap belahan. Ketepikan.
  2. Dalam satu bekas besar, satukan daging, timun dan semua bahan2 diatas kecuali jus limau kasturi, garam dan gula serta santan. Gaul semua hingga rata, masukkan santan dan gaul lagi.
  3. Tambah sos ikan dan gula secukup rasa serta jus limau kasturi, ikut tahap masam mana yang anda suka. Biar sekejap dan hidangkan.

No comments:

Post a Comment