Ijab dan Kabul

Saturday, 11 December 2010

Laksam jom!

Adunan untuk menghasilkan laksam. (untuk 2 org)
1. 1 cawan tepung beras
2. 2 sudu besar tepung gandum
3. 2 cawan air



Panaskan air di dlm periuk kukus
Masukkan tudung periuk atau dulang yg telah disapu/lengserkan minyak
Tuangkan adunan sebanyak 2 senduk, ratakan
Tutup periuk kukus dgn tudung periuk
Buka bila kelihatan wap keluar
Keluarkan tudung periuk/dulang


Gunakan hujung sudu / pisau, gulungkan adunan yg masih panas

 Inilah hasilnya..laksam yg sedia utk dimakan bersama kuahnya

Kuah laksam :
Asam keping sekeping atau dua
Isi ikan kembung yg telah direbus dr 4 ekor ikan kembung (jika mahu byk isi ikan, tambahkan lagi)
Santan pekat 1 kotak kecil
Air (sukat /guna kotak santan sebanyak 2 kotak)
garam dan gula secukupnya
4 ulas bawang merah (blend)
sedikit halia (blend)
jika mahu, blh masukkan lada hitam tumbuk

Cara :
Masukkan kesemua bahan dalam satu periuk.
Kacau supaya santan tidak pecah / bergentel2
Perasakan dgn garam dan gula

No comments:

Post a Comment