Ijab dan Kabul

Saturday, 4 December 2010

Koleh Ubi Badak Ungu (Biru/Merah)


rupa dan isi ubi badak ungu
 koleh yg telah dimasukkan ke dlm loyang

koleh ubi badak ungu, siap dihidang

Musim tengkujuh sedang melanda pantai timur semenanjung Malaysia. Ini lah masanya utk semua org menikmati beberapa jenis ubi yang popular pada wak tu ini.
Antaranya ialah ubi badak, variasi ubi badak putih dan ubi badak ungu. Namun begitu kebanyakan warga pantai timur lebih menyebutnya ubi badak biru atau ubi badak merah dan bukannya ungu!
Kami sebenarnya pun mmg tidak tahu bagaimana cara memasak /menyediakan koleh ini, namun dgn adanya internet semua boleh bah!

Bahan - bahan :
1. Seketul ubi badak yg besar dalam 2 kilogram
2. Air
3. secubit garam
4. 3 kotak santan segera (kotak plg kecil)
5. Gula 1 1/2 cawan
6. Tepung beras 1 1/2 cawan

Caranya :
1. Masak ubi hingga empuk
2. Lecekkan hingga hancur kesemuanya (lecek bersama air rebusan ubi)
3.Adun sebati 3 kotak santan segera bersama tepung beras hingga tidak berketul
4. Masukkan gula dan garam bersama campuran santan td ke dlm periuk berisis ubi.
4. Api kecil, gaulkan kesemua bhn hingga sebati dan koleh kelihatan berkilat dan semakin pekat.
6. Tuangkan ke dlm loyang, sejukkan hingga 2 jam atau hingga keras
7. Hidangkan bersama kopi panas.

No comments:

Post a Comment