Ijab dan Kabul

Tuesday, 2 November 2010

Menu buka puasa ganti : 2 Nov


kek pisang berkacang, kismis dan ceri

Resepi:
2 cwn tepung gandum ayak dgn 3 sudu teh soda bikabonat
1 1/2 cawan pisang lecek (blend je)
1 cawan gula perang (brown sugar..atau mau 1/2 blh..tp pastikan pisang mmg jenis yg manis)
2 biji telur
2 sudu teh esen vanilla (tp td lupa letak hahaah)
1/2 cawan marjerin (suhu bilik)
sedikit nescafe pekat (jika mahu)
1/2 cawan mixed fruit
1 cawan kacang tanah bakar dan pecah2kan kasar dan halus

Cara :
1. ayak tpg dgn soda
2. pukul mentega suhu bilik td dgn gula hingga kembang/fluffy/gebu
2. masukkan tepung sikit sikit, kacau
selang selikan dgn telur, kacau sebati kemudian masukkan lagi tepung, dan diakhiri telur sebiji lagi
3. dan sebati, masukkan pisang blend td, dgn esen vanilla
(pada masa ini panaskan oven 10 min, api atas bwh, suhu 180C)
4. masukkan 1/2 cawan mixed fruit (rendam dulu dlm air)
5. masukkan kacang tanah panggang dan dipecah2 kan kasar
6. barulah dikaup balikkan adunan ini, 3 kali sahaja
7. sapu loyang dgn marjerin/minyak masak dan taburkan tepung gandum sikit
8 masukka dlm oven, 180C 25 minit atau hingga masak (cucuk dgn lidi sate..tak melekat tu..maknanya masaklah)
9. hidangkan dgn taburan gula aising halus (jika mahu)

No comments:

Post a Comment