Ijab dan Kabul

Tuesday, 16 November 2010

mashed potato

Bahan-bahan:
1kg ubi kentang
1/4 cawan susu segar
2 camb mentega
1/4 camt serbuk lada hitam
garam secukup rasa

Bahan-bahan sos:
200gm tulang lembu
2 cawan air
1 labu bawang besar - dipotong dadu
1 batang karot - dipotong kecil
1 batang celery - dipotong kecil
sedikit tepung jagung
sedikit serbuk lada hitam

cara:
ubi kentang dikupas dan dipotong 4
kemudian direbus di dalam air mendidih bersama dengan garam sehingga empuk
setelah empuk, toskan kemudian lenyekkan di dalam periuk tadi ketika kentang masih panas
letak kembali periuk di atas dapur dengan api yang sederhana sambil dimasukkan susu, serbuk lada hitam dan mentega
lenyekkan bersama2 dengan kentang tadi sehingga gebu dan sebati
matikan api dan masukkan ke dalam mangkuk sementara menunggu sos siap
cara membuat sos: tulang lembu dipanggang di dalam oven sehingga perang
kemudian direbus bersama karot, bawang besar, celery dan serbuk lada hitam sehingga mendidih dan air menjadi berkurangan
tapis stok tersebut kemudian masukkan bancuhan tepung jagung dengan sedikit air dan kacau sebati
didihkan selama 10 min
setelah agak pekat bolehlah dihidangkan bersama2 mashed potato

brown sos tu juga blh dibeli : knorr ada jual

No comments:

Post a Comment