Ijab dan Kabul

Friday, 19 March 2010

MUFFIN GEBU pisang bercoklat



Tengoklah hasilnya gebu dan lembab, walau lupa nk letak soda bikarbonat dan baking powder serta tak ada telur diletakkan.

Entah kenapa hari nih..mgkn mood cuti sudah hampir ke penghujungnya..buka peti sejuk..sekujur pisang menanti untuk dibuat jemput-jemput..kesiannya. Maka berputarlah akal aku ni..buat jemput pisang tak reti..baik buat mufinlah...tp telur pulak tak ada.

Maka godek punya godek, Alhamdulillah menjadi tapi yang kelakarnya lupa nak masukkan serbuk penaik dgn soda bikarbonat hehehe.


Resepi:

2 cawan pisang masak ranum dilecek
1 cawan tepung gandum
1/2 cawan minyak masak (atau marjerin)
1/2 cawan serbuk koko
1/2 cawan krimer pekat manis (atau susu pekat manis atau gula)
potongan coklat masakan (besar besar, jika mahu)

Cara:

1. Panaskan minyak masak dan kacau serbuk koko hingga larut.
2. Masukkan krimer (atau susu pekat manis atau gula) larutkan bersama.
3. Matikan api dan masukkan tepung gandum bersama 1 sudu teh soda bikarbonat dan 1 sudu teh baking powder, sedikit demi sedikit dan kacau hingga larut (atau guna mixer) dan masukkan lagi sedikit, ulang cara dan hingga habis gandum itu.
4. Masukkan pisang lecek sedikit demi sedikit dan dikacau hingga sebati dan hingga habis semuanya.
5. Panaskan oven terlebih dahulu pd 190C, 10 minit.
6. Susun papercup dlm dulang mufin dan isi 3/4 penuh masukkan ketulan coklat.
7. Bakar 25minit (ini bergantung kpd jenis oven masing2) dan akan memperoleh dlm 18 biji mufin (cup besar).

Ini kali pertama sy cipta resepi..seronoknya Alhamdulillah. td sy masukkan 1 cawan minyak masak..melampau minyaknya..dah dikurangkan kpd 1/2 sahaja ya.

2 comments:

  1. Bagus juga awak lupa baking powder dan bicarbonat soda tu....dapat cipta resipi baru, jadi pula tu...Tahniah!

    ReplyDelete