Ijab dan Kabul

Wednesday, 13 January 2010

Masakan yang Berjaya Dilaksanakan 2009

Tahun 2009 sungguh banyak mengajar aku bab masak memasak nih. Memang bukan aku je yang tak sangka aku ada kebolehan ini, famili pun tak sangka juga hahhaha.

Nasi Kerabu Hujan Panas, bersama rendang ayam dan juga kerabu darat (respi macam biasalah..upload dr internet). Seronok sgt sbb berjaya juga buat nasi kerabu..hmmmm bila ya nk masak nasi kerabu lagi ye? Hmmm adalah masa tu nnt.

Ini pula ketupat sotong (tupak sutung) makanan tradisi org Terengganu. Ini kali kedua berjaya dibuat. sayangnya setahun sekali je buat hahahah. First buat 2008 belajar dr Linda masa sama2 praktikal di SKSC.

Ini pula masak Daging Kurma. Alhamdulillah kali pertama memasaknya. Mudah rupanya masak Daging Kurma ni, rempah? ADABI maklum sbb dok Labuan. Kalu tak, lama dah aku sambar rempah dr Trg dan Kelatan..perghhh lagi sedaaaap!

Resepi ni setelah menonton AFC di Astro. Chilli Crab. Kata tukang rasa (kawan2 atau jiran) menjadi. Lagipun idea masak nih datang sbb tak puas hati dgn chili krab yang di Anjung Ketam (konon best sangatlah d Labuan tuh...hampeh!). Maklumkan Labuan...tak ada pesaing, nak tak nak kena makan kat situ lah klu nk makan ketam fresh.

Ini pula sup tulang..lama sungguh merebus tulang nih. Tu lah rasanya aku berhajat sungguh nak beli Pressure Cooker.

No comments:

Post a Comment