Ijab dan Kabul

Wednesday, 21 October 2009

Muffin Pisang campur Mix Fruit dan Potongan Kurma

Adunan ni menghasilkan 18 biji muffin (cup besar)

Tengoklah tekstur muffin nih.. gebu dan ada campuran buah serta kurma. Sedap.

Muffin Pisang campur Buah buahan campuran dan potongan Kurma

Bahan bahan:
- 1/2 cawan mentega/marjerin (suhu bilik)
- 1/2 cawan perang (brown sugar)
- 1/2 cawan gula halus
- 2 biji telur
- 1 1/2 cawan pisang lecek (saya blend je pisang, lps tu sukatlah)
- 3 camca teh esen vanilla
- 2 cawan tepung gandum
- 3 camca teh soda bikarbonat
- 1/2 cawan Mix Fruit (dalam kotak tuh)
- 1/2 cawan potongan kurma (potong kecil2 dan biji tu dibuang)
- 2 camca teh nescafe (saya letak..sedap. Klau nk letak serbuk koko pun ok, klu dua2 tak mau pun ok juga)

Cara cara :
- Ayak tepung gandum + soda bikarbonat + nescafe ke dlm bekas. Ketepikan
- Pukul marjerin + gula hingga gebu. (adunan tu bl diangkat tak mudah nk jatuh)
- masukkan 1 telur, pukul. Kemudian masukkan lagi 1 telur. Pukul gebu.
- Masukkan pisang lecek sikit sikit sampai habis pisang beserta esen vanilla. Pukul.
-*** Sementara tuh.. pi panaskan oven, api atas bawah, 180C 10 min.
- Masukkan potongan kurma dan Mix fruit. Sebatikan semua adunan. Kaup balikkan 3 kali.
- Letak cup dalam loyang muffin.
- Isikan paper cup tu dgn 3/4 adunan. Letak potongan pisang (jika mahu)
- Bakar suhu 180C, 20 min atau hingga adunan masak. (masak tu bila kita cucuk dgn lidi, adunan tak melekat pada lidi)

Hidangkan dengan teh..uhhh sedapnya.

Aku bawa muffin ni g sekolah, bg kat cikgu2, depa kata sedap. Alhamdulillah. Percuban pertama berjaya. Asalnya muffin ni muffin pisang bersama walnut, tp aku ubahsuai sbb kat dapur ada lebihan Mix Fruit dgn kurma yang jiran aku bg masa bulan puasa hari tuh..apalagi, gunalah kreativiti hehhe. Gula tuh, aku pakai gula halus je tapi 3/4 cawan sbb gula tuh kan manis. Pisang pun manis juga.

Tapi kata kawan aku Ustaz Mohamad (dia ada diabetes) klu utk org yg ada diabetes, dia syorkan gula tuh kurangkan lagi lah ye.

Selamat mencuba.

No comments:

Post a Comment