Ijab dan Kabul

Wednesday, 23 September 2009

Ramadhan di Labuan




Terawih d Masjid Negeri Labuan, sempat lagi posing kat tepi kereta tuh.
Selain Masjid Negeri, aku turut berterawih di masjid Layang Layangan, kat sana biasanya ku terjumpa Ratna dengan Mardawiah, dan pernah juga ustaz Mohamad Daud.
Tapi kemeriahan terawih (?) suasana ramadhan itu tidak sehebat di Shah Alam. Entahlah... maklum aku berbuka puasa sorang diri, sedang di Shah Alam kita kan berbuka beramai ramai, dan memanjangkan ukhuwah Islamiah itu di masjid, sama sama tadarus sementara menanti masuknya Maghrib. Itulah kemanisan berpuasa dan bertarawih di Shah Alam, mungkin kerana ku tinggal di sana 12 tahun, 2008 aku di Cheras, tp aku masih berulang juga ke Shah Alam. 2009 aku di Labuan, hmmmm alahai.

Masa hari pertama ku berterawih tu, aku makan (buka puasa ala kadar je) lepas tu cepat cepat ke Masjid Layangan... hanya kereta aku dgn dua buah kereta je ada di perkarangan masjid. Bila masuk masjid je, jemaah wanita kebanyakannya orang tua tua, dalam 3 orang je). lepas mengaji sikit, aku tanyalah makcik tu, katanya jam Isyak nnt baru orang mula datang. Kan beza tu...

Tak berapa lama di masjid layangan tu, aku kemudian (pada malam berikutnya) ke masjid negeri lah. tapi entahlah... alahai. nak penuhkan saf pun perit... mereka ni tak mau rapatkan, kita nk masuk tak boleh nk celah, sorang antara sorang tu memang ada gap, bila kita masuk, jemaah buat buat diam, kita yg tersepit jadinya, entahlah alahai.

No comments:

Post a Comment