Ijab dan Kabul

Wednesday, 9 September 2009

Masak Daging Lada Hitam (black pepper sauce)


Daging Masak lada Hitam

300 gm daging, dipotong kecil
2 biji kentang, dikupas dan dibelah empat setiap biji
1 batang carrot, potong dadu besar
setangkai leeks
sos tiram
lada hitam tumbuk kasar secukupnya
serbuk lada hitam secukupnya

bahan perap/marinate :
1. sebuku halia, kisar halus
2. serbuk lada hitam secukupnya (ikut citarasa)
3. sos tiram 2 sudu besar atau ikut citarasa
4. air secawan
Sebatikan bahan perap dengan air dan gaul rata dengan daging, perap selama 10 min hingga 30 min (letak dalam fridge seeloknya)

bawang merah 4 ulas atau sebiji bawang besar, 3 ulas bawang putih dikisar halus bersama sedikit air.

panaskan kuali, masukkan daging yang telah diperap tadi ke dalamnya, masukkan sedikit air sekadar daging tenggelam). Tutup kuali dengan tudung periuk, api sederhana.
Bila air dagig telah kering, angkat daging (daging dah empuk, cuba rasa).

Tuangkan minyak masak utuk menumis.
Tumiskan bawang kisar hingga naik bau, masukkan sesudu besar sos tiram, lada hitam yng ditumbuk kasar beserta serbuk lada hitam halus, kacau goreng.

Kemudian masukkan kentang dan carrot tadi, tutup seketika. Biar hingga hampir empuk.

Kemudian masukkan daging tadi, gaulmesra, masukkan leeks yang dipotong kasar.
masukkan juga hirisan bawang merah, gaul mesra.

Rasa, dan hidangkan.

No comments:

Post a Comment