Ijab dan Kabul

Wednesday, 9 September 2009

Buka puasa dgn anak2 kawan..meriahnya

Sarah : Erm.. sedapnya aiskrim ni.. nk lagilah Kak Ita
Ya : Kan, bestkan datang rumah Kak Ita kan,

Aina dengan Adam, sambil sambil tu mata pandang TV, Kapten Boleh agaknya lah.. tak pun Fukuchan hehehe

He he ya dengan Sarah, akhirnya berhenti nangis sebab Kak Ita masak ketam,

Nasib baik Aina ada, Adam kurang pandai nak makan ketam tapi favouritenya mmg ketam


Maklum orang bujang, manalah cukup pinggan dan gelasnya hahahaha.


Selasa, 8 Sept - Seronoknya berbuka ramai2.

Tengoklah tu, amboi meriah betul dgn kanak2, ni semuanya anak jiran dan mak mereka pun kawan kawan aku hahhaha.

Tadi masak ketam goreng lada hitam (black pepper sauce), masak lemak cili padi ketam dan last menu kerabu pucuk ulam raja campur dengn kacang panjang merah. Kat Labuan ni je aku jumpa kacang panjang warna merah, kat tempat lain tak pernah lagi lah. Kiranya menu ketam je.

Tapi rupanya memang budak2 tu sukalah sangat ketam, kata mak mereka... memang pun faveret ketam tuh. Si Aliya Maisarah dengan Sarah Humairah yang nangis pun berhenti nangis bila Mak Yang kata nk gi berbuka kat rumah Kak Ita, Kak Ita masak ketam. Time depa sampai tu, air mata masih di pipi..kelakarnya budak budak kan?

Tu Aina Balkis dengan Adam Irfan Siddiq tengah leka makan ketam in black pepper sauce, tu yang kecik tu Ya, yang kat sebelahnya tu Sarah, kakaknya. lepas tu depa makan ais krim kacang dan coklat 'ladybird'. Tengoklah mereka tuh..meriah sungguh.

No comments:

Post a Comment