Ijab dan Kabul

Tuesday, 18 August 2009

Saat H1N1 menular, Ambang MERDEKA kami jayakan.



Tu aku dgn Mr Anbarasan... Labuan dah ada pun kes H1N1. Minggu lepas ada beberapa buah sekolah dan matrikulasi ditutup atau dikuarantin. Mungkin orang d Labuan ni kurang mau jaga diri mereka agaknya..(maaf ) tapi aku dah biasa dengan topeng muka sejak di itm dahulu..masa jerebu teruk di tahun 90an dahulu tu, lepas tu selesema burung melanda..apa lagi..mask juga. jangan ambil mudah..berhati hatilah. Bezanya suasana dan tempat ..itu di KL, sekarang di Labuan. lain padang, lain belalangnya.

Aku macam biasalah, ambil langkah berjaga jaga..tengok tu..topeng muka (mask) ciptaan ku sendiri. memandangkan mask akan jadi barang kawalan kerana ada peniaga yang jahat..kaut untung saat tak sesuai (namapun perniagaan...) aku ada idea bernas (macam biasalah), membuat topeng mukaku sendiri.

Memandangkan WHO menjangkakan virus ini akan berlegar sekitar kita selama 6 bulan hingga setahun..bayangkan berapa banyak topeng muka yang aku kena pakai dan buang? Langkahnya..be creative n innovative... i come up with own label. Aku g mana mana je akai mask yang comel comel belaka.. Seronok tengok budak budak kecik tarik lengan baju mak bapak depa bila nampak mask aku yang comel tuh..hahahaha.. lepas tu tunjuk tunjuk lagi..agaknya dia kata kat mak bapaknya..NAK MASK YANG TU..NAK YANG TUH..hahahahaha.... Biarlah orang kata, yang penting aku sihat, aku creative, dan ianya boleh dipakai berulangkali (basuhlah..).

Ada sebab kenapa aku guna print kartun..supaya memberi aspirasi kepada kanak kanak untuk pakai mask mereka dan jaga kesihatan serta keselamatan mereka. kalau aku buat mask plain..tak ada yang membolehkan mereka teringat atau sekadar peringatan seimbas lalu (short term memory). Dulu masa di zaman profesyen yang lama, aku pun pakai reben merah jambu untuk memberi kesedaran bahaya KANSER dan juga pernah pakai brooch READ untuk menggalakkan ramai manusia Malaysia ini membaca. Aku dengan caraku..biarlah kan, janji aku bahagia. Upss jangan tanya soalan cepu mas tuh! Bahagia itu subjektif bah.. biarlah. Bahagia kita manakan sama...

Biarlah aku dengan cara ku..selagi ia idak memudaratkan oranglain. Oh..aku pun baru sahaja memenangi kuiz kesedaran kempen H1N1 di Ujana Kewangan baru baru ini. Yang penting kita mesti ada kesedaran, pakailah topeng muka dan hidung jika berada di kawasan ramai orang. Elakkan bersin secara terbuka, tak pasal pasal orang lain pun terkena (jika kita positif tu tolonglah kuarantin diri).

Bertanggungjawablah demi kesejahteraan kita bersama. Chewah! Cayolah..kui kui kui.

No comments:

Post a Comment