Ijab dan Kabul

Monday, 31 August 2009

MERDEKA.. di Labuan


Aku tak gi mana mana pun time Merdeka, kecuali ke bandar Ujana Kewangan dan beli akhbar Mingguan Malaysia yang semalam punya. SEMALAM k..biasalah tuh kalau mau baca juga akhbar dr semenanjung.

jalan jammed tadi kat area bulatan yang dekat dengan Kastam tuh, lbh daripada keadaan biasa. hajat nak g dataran labuan nak nengok sambutan yang dibuat dalam bulan ramadhan ni, tapi aku ter zzzz overdose tidur hahahaha. tak apalah, dah tgk kat tv tadi. tapi org kampung kat Labuan ni mmg meriah. Depa mmg sporting..pakat2 bergotong royong mencantikkan kampung depa dan juga kawasan rumah.

Cuti sekolah 10 hari ni mmg aku jahit ropol (buat taik mata aka tidur) je. Haven bahh.. sebelum ni manalah aku sebahagia macam ni.. dulu dulu tu kerja very the busy, sampai lunch jam 4 ptg tu hal yg sangat biasa. Keadaan sekarang sgt relaks, aku blh menambah berat badan.

sebelum dtg sini aku mmg 43 kg je, tak pernah cecah 47 pun. tapi sejak diam sini..kui kui kui bagai tong dram dah hahahaha. Ni gambar diambil sempena Merdeka ke 52. 31 Ogos 2009. Dengan hobi yang terbaru memasak, berat badan konpem naik punye! hahahahaha

Tu aku kat depan rumah, bendera tu aku dah gantung sejak 15 Ogos lalu, dan yang paling besar (aku usha tengok kat area perumahan aku tu) yang digantung di pintu pagar secara melintang.

Orang lain pun gantung juga tapi tak serupa over hahahahaha macam aku nih. Entahlah, aku punya hati kan, dan tidak kacau sesiapapun, biarlah.

No comments:

Post a Comment