Ijab dan Kabul

Tuesday, 18 August 2009

H1N1..adakah juga boleh disifatkan PERANG SECARA SENYAP? FIKIRKAN

Tak salah kalau aku mau nyatakan pendapat..mungkin juga H1N1 ini satu cara untuk melumpuhkan umat manusia yang dicipta oleh manusia yang lain?

Tidak susah untuk memusnahkan sekumpulan manusia yang lain.. caranya sama ada perang atau menyebarkan virus yang mampu membawa maut ke dalam masyarakat..
Teringat cara atau taktik Amerika sewaktu perang di Vietnam dahulu.. fikir fikirkanlah..

Juga saat ekonoi dunia mengalami kelembapan maha hebat.. mau membuat duit..inilah caranya.
Penciptaan virus yang mampu membunuh manusia yang kemudiannya disebarkan dan dihantar beberapa kelompok manusia (yang tanpa menduga dirinya pembawa) ke merata dunia, dan wujudlah jaringan serangan dan pembiakan... maka banyaklah syarikat farmasutikal yang sememangnya telah pun bersiap sedia sedari awal, memulakan tusukan paling halus ke dalam minda manusia.. pelalian atau ubat anti viral.
memanglah bagus ada ubat tetapi inilah caranya orang buat duit di dunia ini.. selain juga cara untuk menguji senjata terbaru mereka..memusnahkan manusia yang lain.

bayangkan jika ianya memang dirancang untuk disebarkan di Palestin sahaja.. warga Palestin yang akan syahid dan bergembiralah puak israel laknat itu.. mudahlah mereka membuat kerja.
Aku (pendapatku tidak menggambarkan pendapat manusia lain) ini adalah serangan taktikal.

Cuba baca tulisan Henry Ford (manusia yang pertama mencipta enjin dan kereta) akan tindakan licik si Israel yang mendatang di Amerika Syarikat waktu itu... bacalah. Aku pun makin ingat ingat lupa akan hobiku yang satu ini sejak diam di Labuan... harga buku memang cekik darah sungguh! Zalim sungguh! Tak apalah.. aku angkut sikit sikitlah buku aku bila aku balik semenanjung nanti. Library pun... sekadar bangunan sahaja yang gah..isinya..alahai. Sungguh..inilah kali pertama aku tak berapa berminat nak jadi ahli library Labuan.

Aku masih ingat masa aku jelajah Sabah ssecara solo 3 tahun lepas.. aku masih ada masa lepak di kedai buku dan juga sempat lepak beberapa jam isi masa membaca di Perpustakaan Tawau dan juga KK, Lahad datu semporna dan sandakan..aku tak jumpa librarynya. Lagipun tempat tempat itu ada daya tarikan yang lain dan aku pun sekejap sahaj di tempat tersebut.

Fikirkanlah... semasa mengerjakan Haji nanti di Mekah..moga Allah merahmati para ummah. Amin. Panggilan menunaikan haji usah ditangguh, buatlah persiapan dan ambillah langkah pencegahan yang terbaik dan juga BERDOA.

No comments:

Post a Comment