Ijab dan Kabul

Sunday, 5 July 2009

Nasi Kerabu Hujan Panas



Wah...nasi kerabu hujan panas gitu.. kebetulan hari ni Labuan (area rumah lah..hujan panas) even jam baru 10.50 pagi. Nasi tu saja kalerkan merah dan kuning..bosan tengok kolor biru je.
Siap makan nasi kerabu kita mkan kek tu ye. Tu dah dipotong sebab pagi pagi tadi aku bagi kat Kak Liza (cikgu Nurhaliza)..wah seronok betul anak anak kak liza bila nampak muka aku terpacul kat pagar rumahnya..bawak kek gitu..hahahaha. Seronok kan, ada juga teman makan dan merasa.

Tengoklah ulam tu hahahaha tak berapa cekap menghirisnya. Sepatutnya kajang panjang tu dihiris nipis nipis, taugeh tu dipotong kecil kecil dan daun ulam tu hmmmm aku kebas daun pudina sbb tu je yang ada di pasar labuan semalam. Patutnya daun tu diracik halus tapi...huhuhuhuh kasar je aduhai. Tak apalah janji aku boleh makan.

Tu ikan salut tepung. Guna tepung beras, sedikit kapur makan, garam secubit rasa dan serbuk kunyit, tambah air dan sebatikan. Celup ikan yang telah dibersihkan dan digoreng.

Dalam mangkuk tu kelapa goreng dan dicapurkan dengan isi ikan kembung yang telah dihancurkan serta jua bawang merah yang telah ditumbuk lumat, masukkan sedikit gara, sebatikan.

Dalam mangkuk yang satu lagi ialah kuahnya. Ni semua angkat dari internet nih. kalau kakak ipar aku (dia org kelantan) dia masak dengan budu..tapi memang best sangat! Tapi since aku dok d Labuan aku tak jumpa budu huhuu.

Nak membuatnya, satukan santan dari sebiji kelapa ke dalam periuk, masukkan sedikit garam, asam keping secukupnya, serai yang telah dititik, sedikit serbuk kunyit, lada (cili boh) secukupnya dan juga bahan yang telah diblend iaitu bawang merah dengan sedit bawang putih. masak di atas api sederhana hingga pecah minyak santannya dan akhirnya tinggal sikit (pekat).

Tu yang merah tu air lada. Lada besar campur dgn cili padi dan sedikit cuka dan sedikit garam, blend.

nak makan, mudah je.

Gaulkan ulam ulaman dengan kelapa goreng, kuah dan sos cili bersama dengan nasi. makan lah dengan ikan goreng tu.

Sepatutnya nak buat solok lada tapi lada kat labuan ni ciput je saiznya. tadi masa g kedai runcit tak jumpa telur masin dan keropok ikan. Nasi kerabu ni lagi sedap klau ada solok lada, telur masin, keropok ikan dan daging bakar. Oohhhh bestnya.

No comments:

Post a Comment