Ijab dan Kabul

Sunday, 28 June 2009

Makan laksa di hujung minggu


Kononnya nak masak pizza hujung minggu nih.. tapi apakan daya..
Penat pusing satu Labuan cari tepung roti tapi tak ada. Bukannya tak boleh guna tepung gandum biasa, cuma aku ni kurang rajin nak uli doh dan nak menunggu proses tu.

Kalau dijual roti pita pun dah cukup bagus, tapi tak ada jua. Kalau kita guna roti pita, tak perluah nak menguli doh dan menjimatkan lagi masa sebabnya roti pita tu kita boleh jadikan base. yang perlu dibuat, taburkan je apa bahan yang kita ada untuk membuat topping pizza. Nah, makanya jadilah sama ada pizza hawaiian delights ke, daging ke atau seafood.

Tiba tiba sedang ku selongkar kabinet dapur, terjumpalah se paket laksa kering. Apalagi, cepat cepat aku check daam fridge apa yang ada..jeng jeng jeng..yesssss! Ada bunga kantan dan daun kesum yang masih elok. Jadi, menu hujung minggu akhirnya menjadi menu laksa.

Semalam mmg lah download resepi laksam lemak, tapi hmmm..tengoklah.. belum datang mood nak buat laksam.

Apa apa pun, kita makan dulu! Jom laksa penang..tapi dah jadi macam laksa asam nyonya pula..hentam sajalah, janji halal dan kenyang.

No comments:

Post a Comment