Ijab dan Kabul

Sunday, 21 June 2009

Hari kek sedunia


dalam sejarah betul semlm..tu lah first time buat muffin choco chips dan alhamdulillah menjadi. tapi ada juga yang kelakarnya...ada yang cantik menggebu tekstur muffin tu dan merekah cantik tapi ada juga yang tak hahahaha. Alhamdulillah, moist chocolate cake pun 4 biji. Yang kat depan tu ,muffin dan d belakang tu kek yang dah dipotong dan dihias. Minggu depan Insya Allah nak buat pizza pula..dalam cup juga. Semalam yang jadi tukang sample muffin tu adalah anak anak cikgu Liza, jiran aku. Kesian mereka sekeluarga, selalu jadi tukang merasa.

Moist chocolate cake tu adikku Zaza yang ajar, step by step seminggu sebelum aku pindah ke Labuan ni. kalau dulu nak makan, aku ayat dialah..tp kan sebab dah tau (masa tu) nk menetap lama di Labuan ni makanya aku dengan bertungkus lumus belajar. Nak tengok kek tu (sungguh menyelerakan..sedaaaapnya) klik post januari thn ni.

Resepi tu dah beberapa kali aku bagi pada kawan di sekolah ni, dan depa kata mmg sedap. sebenarnya aku tiba tiba teringat arwah mak, katanya..masaklah kerana rasa cinta, insya Allah masakan kita akan sedap walau masakan tu biasa biasa je. Masak kerana ikhlas untuk yang tersayang, kerana tanggungjawab sebagai suri di hati suami dan the food inventor untuk anak anak. Aku..tak ada jawapan untuk yang itu.

No comments:

Post a Comment