Ijab dan Kabul

Saturday, 2 May 2009

Happy

Seronok sakan bila 18 April lalu aku balik KL. bahagianya! Adik aku siap cakap..Akak, tuh Titanic, dah naik pun (bangunannya) sambil jarinya menunjuk ke arah bangunan baru yang siap..adjacent dgn MIDA, KL Sentral tuh.. Uuhhh..cantiknya..betul macam Titanic. Alahai banyaknya yang dah naik dan bertukar rupa dalam 4 bulan nih. Bangunan kat Asia Jaya PJ tu pun dah tegak megah berdiri. Tu dulu jadi tempat aku tunggu bas lepas turun dari LRT Asia Jaya dari ofis di Setiawangsa. Ada masa2 tertentu je macam Sabtu atau Ahad je aku drive ke Setiawangsa. Rindunya pada perjalanan hidup yang lama sebelum bergelar CIKGU.

3 hari kat KL aku yang ralatnya aku tak sempat singgah favourite..PWTC Pesta Buku Antarabangsa. Sibuk kursus bah. Tapi tak apa, Zaza adikku kan ada. Apalagi siap bagi senarai buku apa yang mau (tapi hik hik hik..air liur je sebab akaknya kering kih kih kih). Sampai KL dalam 12 thari gitu, aku check in then terus keluar merayap ke Jln TAR. kat situ aku sakan makan dan jalan2 (beli baju kurung siap sepasang dua je dan 3 helai selendang) dgn my best buddy..adikku lah Zaza. Sebelum tu aku jadi Tourist Guide utk 2 lagi cikgu sbb that was their first time in KL. Malam tu aku dgn adik apalagi lepak kat rumah Abang di Bangi, jam 11 aku sampai hotel.

8.00 pagi dah mula kursus, hmmm...tapi kelam kabutnya. Organiser yang tak ter 'organise'. Kawan aku yang 2 orang tu kata..Buat malu kaum kami je... Anyway bagus juga kursus tu sebab selain menambah ilmu (yang tak berapa dalam ni), aku juga terjumpa dan sempat borak panjang dengan Durratun. Terjumpa juga dgn Kak Dayang, orang Labuan (suaminya dulu mengajar di sekolah yang aku ditempatkan la ni) yang mengajar di Putrajaya. Alahai rumahnya pun dekat juge dgn rumah Abang di Bangi, cikgu tu tinggal di Kg Baginda, the shorcut route to Putrajaya...5 min dah sampai Putrajaya kan?

Kesempatan berkursus ni aku jamu selera sakan, macam tu lah juga dgn kawan ku 2 orang tu. Maklum makanan di Semenanjung kan citarasanya kan berbeza. Jalan2 dgn adik aku memang lah..makan je. Dah lama tak pekena tomyam sedap dan membakar selera..sapu je. Makan sata lagi tuh..Hmm nak cari resepi satalah nak buat. Kan ikan di Labuan ni murah dan sangat segar.

Sempat jugalah aku ke Shah Alam, konon nak jumpa kawan baik dan bagi ole2 dari Labuan sempena birthdaynya 14 April, sayangnya dia admitted to ward. Aku balik KL seminggu baru dia keluar. Tak dapat jumpa sbb Hospital Tawakal tak sempat den nak kejar. Flight petang lak tu. Apa apa pun, kawan tetap doakan kesejahteraan dan kebahagiaanmu.
Bercakap pasal S alam, teringat aku dengan BANK yang dok simpang roundabout tu..yang dok betul betul mengadap Public Library dan MBSA tu.. banyak songeh tul. Masa aku di Labuan, branch sana mintak aku balik KL kalau nak mintak statement dan mcm2 lagilah..bila dah sampai S alam..since akaun aku mmg di situ, pun sama juga banyak songehnya. Marah betul aku.

CIMB kat Labuan ok je, depa layan bagus je dan urusan pun dipermudahkan (tak cerewet) sebab aku pun CIMB akaun di KL juga, tapi particulars depa boleh provide. In fact, masa aku nak renew Insurans kereta kat CIMB S alam tu pun, even masa tu depa (bhg ins keta semuanya cuti) cuti family day d Langkawi pun depa masih assist aku over hanphone (dr Langkawi) dan refer file kpd their associates. Insurans aku siap, Road tax aku dapat. Kereta boleh jalan.

REBUILD IMAGE WASN'T CHEAP. ITS SUCH A BIG INVESTMENT DUDE! TO PROMOTE IMAGE IS EASIER BUT TO RETAIN IT...ONE LITTLE THING DELIVERED UNSATISFACTORILY WOULD CLAIMS THE WHOLE LIFE!

Aku bosan sebenarnya..jadi cerita pun rojaklah.

No comments:

Post a Comment