Ijab dan Kabul

Wednesday, 25 February 2009

Hari sukan, yahooooooooo seronottttttnyaaaa



Setelah beberapa lama murid2 bertungkus lumus training..maka saatnya pun tiba.
Kejohanan yang ditunggu2 telah tiba. Sekolah kami mengadakan Kejohanan Olahraga pada 18, 19 dan 21 Februari (acara kemucak pada Sabtu tu) lalu. wah.. apalagi sakanlah kami bersukan.

Dukacita tahun ni rumah Gemilang tidak berjaya mempertahankan kejuaraan 2 tahun berturut2 dengan beza emas 2 sahaja..tak apalah kita bagi kat rumah Terbilang (hijau). Tapi Gemilang tetap gemilang apabila menjuarai acara pembarisan yang dihakimi oleh para pegawai Bomba dan Penyelamat WP Labuan. Bila tengok budak2 tu berkawad, teringat kemeriahan Merdeka Parade di Dataran Merdeka setiap tahun, cuma tahun ni aku di Labuan bah. Teringat juga zaman cilik di sekolah menengah dulu, Pancaragam sekolah pada perarakan Hari Kebangsaan di Stadium di Kuala Terengganu tahun 90an tuh..lamanya. Juga semasa menyambut kedatangan masa tu Tun Ghaffar Baba (kini arwah) sebagai Timbalan Perdana Menteri, pasukan pancaragam sekolah kami yang terpilih dan mendapat penghargaan itu. Veteran dah aku ni bah.

Berbalik kepada hari sukan sekolah kami, mak bapak kat Labuan ni memang sporting habis. Bila diumumkan acara untuk ibu (di sini disebut 'mamak' ) lari 80meter, ramai yang ikut serta. Macam macam potongan badan, tapi tidak menghalang mereka utk memeriahkan suasana. Bapak bapaknya pun macam tu juga..100 meter. Juga ada acara untuk murid pra sekolah dan murid istimewa, atau dikenali dengan kelas pra integrasi.

Aku pun lari juga ..untuk acara guru, acara lari berganti ganti. Huh mengah juga..dapatlah kami tempat kedua hhihii. Sapa lagi..aku, Rosni, cikgu Jahar dan Anba lah. Maklumlah..dah tua hehehe

Hari Jumaat 20 Februari tu, lps solat Jumaat aku mewakili komponen Gimrama WPLabuan pergilah meeting di Jabatan Pelajaran WPL di Tingkat 10 Ujana Kewangan. Adalah dalam 20 orang guru yang mewakili komponen masing2. Golf pun turut ditawarkan kepada para pelajar sekolah di Labuan ni, baguslah... kiranya guru2 d Labuan dan bersama2 dengan Ketua Sektor Ko Kurikulum pun sangat giat memastikan Labuan tidak ketinggalan dan juga sama2 cemerlang dalam acara sukan. Hmmm..jadi cikgu ni macam2 ye... kiranya kalau kena campak kat gunung pun masih 'berbisa'.. uhhhhh puji ni.

Hmmm..aku mau stop bah. Siang ku mau ngajar lagi. 23 Februari lalu aku hadiri mesyuarat guru BI di SK Lubok Temiang, sebelah dengan Banting bah. Terkejut aku..ada B anting kat sini, tapi pantai Morib tak ada k! Kami bincang mau set soalan peperiksaan untuk Mei dan Oktober nanti. Baguslah Labuan ni, seragam je dan proaktif. Hmmm..itu kata aku yang baru datang, kena juga dengar kata dan cerita orang orang lama di Labuan ni. Orang baru maklum..semuanya manis je..


Bah bah bah..stop duluan ya, Assalamualaikum.

P/S: tengah giat berlatih bahasa ni. Biasanya anak murid aku akan terjemahkan apa2 yg aku tak faham. Depa guna bahasa Kedayan atau Melayu Brunei.


No comments:

Post a Comment