Ijab dan Kabul

Sunday, 22 February 2009

Murahnya... makanan laut je k!


Murahnya, makanan laut je k! Yang lain..huh mahalnya. Ada lagi yg murah tu... khas untuk kaki tuang dgn kaki perempuan, mmg murahlah. Labuan lah syurganya. Tak caya, datanglah Labuan. Orang minum arak tu macam minum air kat kedai kopi, siang malam secara terbuka. Tak macam kita lihat di KL, minum tu pun biasa tapi tak sebegitu happeningnya... Melayu ke apa agamanya pun tanpa segan silu tuang je.

Aku ada pengalaman tuh.. terkejut beruk mak oi.. jiran kawan aku tu kenduri air tuh ramai ramai kat beranda rumah mereka, Muslim tuh! Pagi pagi anaknya bertudung cantik ke sekolah, tengaharinya bapaknya pulak rewang arak kat rumah..begitulah adanya.

Tu udang saiz xl, RM4 untuk 250gm, sekilo RM14 ke 16 je, murah kan? Lalu aku pun masaklah sambal tumis udang dengan petai dan lauk pelengkapnya labu masak lemak cili api.

hari sebelumnya masak Sambal Udang Lemak dengan Belimbing Buluh, resepi yang aku ambik dr blog Mat Gebu. Maklum lidah kita orang semenanjung lain dari lidah orang Labuan, makanya akhirnya aku kenalah rajin masuk keluar blog orang cari resepi dan mulakan aktiviti masak memasak.

Kelmarinnya aku masak Lemak Ketam Cili Api, RM5 untuk dua ekor ketam. Bolehlah untuk aku makan.

No comments:

Post a Comment