Ijab dan Kabul

Sunday, 21 December 2008

KOLEH KACANG ZITA


Saya suka makan koleh kacang, tapi sayangnya belum pandai membuatnya. namun, dengan kemudahan internet, saya berjaya mendapat beberapa resepi. Setelah ditimbang tara, maka ada satu resepi yang sesuai.

Saya suka mendokumentasikan masakan supaya mudah difahami. Bak kata Martha Stewart, kita semua sebenarnya boleh memasak, cuma kita tidak tahu cara sebenar memasak sesuatu masakan. Percaya tak, sebenarnya beliau pun bukannya pandai sangat memasak asalnya, namun kini tengoklah..saya pengikut setia rancangan The Martha Stewart Show. Saya percaya.



Kole atau Koleh Kacang

Bahan A:
3 cawan santan pekat
2 helai daun pandan (dicarik - carik)
secubit garam

Bahan B:
300 gm tepung kacang hijau (sebungkus)
4 cawan air

Bahan C:
450gm gula merah / gula melaka
1/2 cawan air

Bahan D:
3 cawan santan pekat
secubit garam

Cara memasaknya:

1. Gaul bahan B hingga sebati dan tidak berketul. Biarkan selama 2 jam
2. Masak bahan C hingga gula larut, tapis dan biarkan sejuk. (Pastikan api
sederhana supaya gula tidak hangus dan pahit.)
3.
Bahan D dikacau sentiasa hingga menjadi tahi minyak. Santan menjadi
berketul - ketul dan berwarna kuning keemasan. (Pastikan api sederhana.) Asingkan tahi minyak dari minyak kelapa.
4. Campurkan bahan A, B dan C. Gaul rata (disebatikan.)
5. Masak bahan ini di atas api sederhana dan sentiasa dikacau selama 15 - 20
minit atau hingga nampak agak berminyak. Jika adunan telah mula
mengelembung /meletus macam lava gunung berapi tu..nah makanya dah
masak.
6. Setelah masak, tuang dalam loyang lebar 10 inci. Ratakan.
7. Taburkan tahi minyak di atas kuih. Biarkan betul - betul sejuk sebelum
dipotong.

No comments:

Post a Comment