Ijab dan Kabul

Monday, 8 September 2008

Masak tomyam seafood


Hari ni seronok sikit, sebab semalam nak masak asam pedas ikan tak ada, tapi tadi saya ke Tesco, dapatlah beli ikan tenggiri, dan sotong saiz besar yang segar. Sotong tu saya nak buat makanan kegemaran kami sekeluarga, iaitu KETUPAT SOTONG.

Aik? tak pernah dengar ye..saya pun dah lama tak makan tupat sutong ni..lama sangat..tiba2 teringin dan yang sebenarnya memang tak pernah tau macam mana nak masak. nasiblah ada yang boleh menurunkan ilmu..thanks Linda, Wanie sebab bagitahu cara2nya dan bahan2nya.

tapi kan, hari ni saya masak tomyam, rasanya semua orang tau masak tomyam kan?
tak perlulah upload bahan2nya, tapi ermmm..tak apalah, anda boleh cuba cara saya k.

TOMYAM ala Hani

Bahan utk pes (dikisar)
1. Halia sebesar ibu jari
2. Bawang merah 4 ulas
3. Sedikit lengkuas dalam 1 cm
4. Bawang putih seulas
5. Tomato sebiji
6. Cili giling dalam 3 sudu makan (nak pedas tambah sikit lagi k)

Bahan2 lain
1. Pekatan air asam jawa (dalam 3 sudu makan)
2. daun limau purut
3. dua batang serai dititik (diketuk kasar)
4. 1 labu bawang besar dibelah 4 atau enam (ikut saiz bawang) 5. 3 sudu makan minyak masak utk menumis

Bahan sayur:
1. 2 biji tomato dibelah 4 atau 6 (ikut suka lah) 2. 2 batang carrot/lobak merah saiz sederhana dipotong (saya suka potong besar supaya nutrisi tidak hilang/rosak)
3. 3 batang celery dipotong besar (klu nk kecik pun tak apa, anda nak cantik dan sihat? potong besar sikit..)
4. semangkuk Jacob's cendawan tiram (cendawan tu diisi penuh dalam mangkuk biskut Jacob's yang kita dapat free tu)
10. apa2 sayur lah pun boleh letak (sayur saya suka letak broccoli)

Potongan ayam atau macam saya, letak udang saiz sederhana dalam 10 ekor dan sotong besar dalam 5 ekor yang dipotong.saya nasihatkan klu boleh jgn dicampurkan ayam dgn udang atau makanan laut dgn daging, tak bagus utk kesihatan. Juga mungkin jika perut anda sensitif nanti keracunan makanan. Tak percaya, tanya lah nutritionist anda.

cara memasak:
1. Panaskan minyak masak, tumis bahan2 pes hingga naik bau
2.Masukkan sedikit sahaja air, cukup2 utk tenggelamkan sotong tu je
3.Masukkan sotong, kacau sebati (macam kita mengorenglah) 4.masukkan daun limau purut yang diracik/dikoyak, serai
5. Didihkan.
6. masukkan semangkuk air atau lebih (terpulang) celery dgn carrot, bawang merah. sekejap sahaja (jgn lembek, nnt hilang nutrisi)
7.baru masukkan udang(sebab nnt udang tu akan bagi rasa manis)
8.masukkan cendawan yang telah dicarik2
9.Sebatikan. Masukkan garam secukup rasa
10.Barulah dimasukkan perahan air asam jawa (klu masukkan awal2, nnt hilang rasa masam)


Ermmm..tak sabarnya nak rasa keenakan tomyam ni
Insya Allah, sedap juga rasanya
dalam 1 1/2 lagi masuklah waktu berbuka.

Jangan lupa baca do'a makan, dan diikuti dgn berdoa apa2 atau semoga puasa anda diterima Allah. Tu waktu yang paling afdal nak berdoa. barulah makan kurma tau tamar tu k

malam tadi saya bersahur dengan yogurt sahaja, maklum terliur tengok pek yogurt dalam peti ais tu, tapi hari ni saya terliur tomyam utk berbuka.

Selamat berpuasa semua!






No comments:

Post a Comment