Ijab dan Kabul

Sunday, 7 September 2008

Jom masak-masak sempena Ramadhan!


Tengahari tadi saya ke Tesco Cheras, beli bahan - bahan nak masak ASAM PEDAS IKAN (saya makan ikan kembung atau tenggiri). Nak jadikan cerita alangkah sedihnya sebab ikan tenggiri tak ada (habis agaknya) malah bendi pun tak ada. tapi sebab memang bersemangat nak makan masak asam pedas, maka resepi saya hari ni bertukar jadi resepi MASAK ASAM PEDAS AYAM! Dalam 3.40 petang saya dah balik rumah, bersedia untuk mendominasi dapur hahahah demi menjayakan impian nak makan asam pedas ayam.. Saya namakan Asam pedas ayam ala Cheras gitu...

ASAM PEDAS AYAM (cara orang bujang yang tak berapa pandai sangat masak)
Makan untuk dua orang k
1.
daging ayam dalam 500 gm /penuh mangkuk Jacob's (beli biskut jacob's tu dptlah mangkuk hehe)
2. 1 1/2 sudu makan serbuk kunyit
3. Cili giling dalam 10 sudu makan (lagi banyak lagi sedap, tapi jgn over nnt pedas sgt)
4. 3 ulas bawang merah, mayang tak pun blend je
5. Pekatan air asam jawa (pekat - segenggam asam jawa sebatikan dengan air)
6. garam secukup rasa
7. 2 kuntum bunga kantan (pisahkan batang dgn bunga, dibelah dua atau 4 ikut saiz, batang di ketuk - ketuk)
6. daun kesum 2 ikat (tapi klu beli kat pasar malam seikat je lah..beli kat TESCO kena lah dua ikat)
7. Minyak masak untuk menumis dalam 3 sudu makan
8. Potongan/ hirisan lengkuas
9. Potongan tomato
10. nah.. 1 pek perencah segera asam pedas (sebab bahan2 kasar tu tak ada..dan kklu ada pun saya tk blh nk blend)


Cara memasak:

1. Panaskan minyak masak
2. Tumiskan bawang merah hingga naik bau
3. Masukkan cili giling, kacau hingga masak atau ada bau sedap tu errrmmmm... (kecilkan api nanti hangus..) masukkan pes yang telah disebatikan dengan sedikit air
4. masukkan 2 cawan air, kacau
5. Bila dah mendidih masukkan daging ayam
6. Masukkan serbuk kunyit, batang dgn bunga kantan, air asam jawa pekat, kepingan lengkuas
7. tambah sedikit air jika kuah macam sikit (ayam timbul dalam periuk/kuali)
8. Masak dengan api sederhana
9. Masukkan daun kesum
10. dah mendidih masukkan garam
11. masukkan tomato. kuah dah pekat boleh dihidangkan.

makluman: saya ni bukannya pandai sangat masak, jadi jika cara atau bahan digunakan tak seperti masakan anda, maafkan saya.

bak kata pantun ni

'buah cempedak di luar pagar
ambil galah tolong jolokkan
saya budak baru belajar
kalau salah tolong betulkan'

biasanya saya guna bahan asal untuk buat pes nya, cuma hari ni saya tak boleh nak blend tapi saya tetap guna bahan sepatutnya. Biasanya saya guna kan juga asam keping tapi kali ni saya tak guna, ini utk org yang kadang2 ada asam keping atau kadang2 ada asam jawa. mana- manalah
yang jelasnya saya tak akan jadi calon Chef Restoren Asam Pedas atau .. kepada orang Melaka maaf ya..saya ni kurang ilmu..lauk ni bukan lauk pilihan di rumah ayah saya...kami suka singgang daging.. sedapnya... teringat ayah saya lah..

Klu nak buat pes guna bahan kasar ini bahan dan caranya:

bahan ditumbuk lumat/blend
1. lengkuas dalam sebesar ibu jari
2. kunyit hidup dalam sebesar ibu jari
3. Cili kering dalam 20 biji belah dua buang biji (rebus hingga empuk)
4. bawang merah dalam 6 ulas
5. sedikit belacan klu nak guna ikan ye, guna ayam tak payahlah

cubalah..

Insya Allah sedap.

erm..memang betullah sedap.
sebab dh mkn tadi masa berbuka..pandai juga, alhamdulillah.
cubalh ya

2 comments: