Ijab dan Kabul

Sunday, 7 September 2008

Gymnaestrada


Ini kumpulan dari Jepun.

Perkataan gymnaestrada ini merujuk kepada satu acara atau pergerakan badan yang bebas dan mempunyai elemen – elemen seperti irama dan juga gimnastik artistic selain juga pergerakan tarian. Persembahan gymnaestrada juga tidak terhad kepada penggunaan apparatus yang biasa digunakan dalam acara gimnastik. Jadi pada 2008 saya penuhi masa dengan aktiviti gimrama, gymnaestrada. Seronoknya saya berpeluang bertemu dan bertukar cerita dengan gymnaestrada yang lain. Ada dari Thailand, Moscow, Jepun dan beberapa negara lain. Komunikasi dgn peserta Thailand..kelakarnya! Macam ayam dengan itik. Event di Stadium Negara. Tahun depan mungkin saya tak berpeluang sebab rasanya akan pindah ke seberang laut sana..Labuan, harapnya. Amin.

Mungkin kerana saya memang suka mencuba (sejak dulu) jadi seronok juga. Perarakan Hari Kebangsaan baru - baru ini turut mengingatkan saya pada kenangan indah sewaktu di sekolah menegah di TMS. Merupakan ahli pasukan pancaragam selama 6 tahun memang menyeronokkan. hampir setiap tahun menyertai pembarisan Hari Kebangsaan, dan kemahiran bermain muzik serta membaca nota (yang you panggil taugeh tu) sangat memberi kelebihan pada saya. tapi kan, bila masuk U, saya stop even ada brassband. Cukuplah...tapi hingga kini saya masih boleh mengesan alunan bunyi yang sumbang kerana sudah terbiasa.

Masa di U saya gila mendaki gunung dan berlarutan hingga waktu saya sudah bekerjaya. Paling gila di Semporna Sabah pada 2007. Gua Tengkorak, sendirian ke sana untuk melihat tinggalan arkeologi. Terbang dari KK dengan membawa harapan akan ada pegawai/kakitangan Muzium Sabah meenunggu saya (makluman:saya telah membuat janjitemu beberapa hari sebelum berangkat) dan mereka telah berjanji akan menempatkan kakitangan sekurangnya seorang utk menemani saya.Tapi kan, janji tinggal janji...biasalah ..yang datang tau siapa?

Kakitangan Majlis Ugama Islam Sabah bahagian Semporna...mereka dapat laporan ada kegiatan maksiat dijalankan di Gua Tengkorak. Maka nak dijadikan cerita, atas nasihat dua pegawai tersebuut Tn Haji Rahim dan Tuan Syed maka saya membatalkan dan mengikut mereka ke pekan Semporna. Nak dijadikan cerita lagi, kat office tu ada junior saya masa LL.B dulu.

Maka bukalah cerita lama semasa di U. tak adalah Gua Tengkorak...sebaliknya Nur bawa saya berjalan2 di sekitar Semporna dan hidup udara segar di jeti ke Pulau Sipadan. Di situ saya terjumpa the Naked Chef..terlopong saya sebab saya suka cara beliau mengendalikan rancangan masakannya. Cuba teka? Nama dia macam character ni Oliver Twist. Seronoknya hingga saya lupa nak ambil gambar beliau!

No comments:

Post a Comment