Ijab dan Kabul

Tuesday, 9 September 2008

Aduhai tupat sutong (ketupat sotong)



Alhamdulillah
hari ni berjaya masak ASAM PEDAS IKAN TENGGIRI dan KETUPAT SOTONG.

KETUPAT SOTONG
1. 500gm atau 8 ekor sotong putih saiz besar (buang kepala, dibersihkan, buang selaput kulit)
2. Beras pulut dalam 200 gm (saya guna bekas yogurt nestle bliss sukat beras tu dalam 1 1/2 ok) dibasuh, tos dan masukkan sedikit santan pekat bersama garam, biar 10 minit
3. santan pekat dalam 1 1/2 mangkuk Jacob's saya tu
4. batang lidi sepanjang 3cm, hujung runcing (klu u tak kisah u gunalah kayu pencungkil gigi tu)
5.garam secukup rasa
6. gula putih/ gula melaka ikut rasa nk manis ke kurang manis
7. halba secubit
8.bawang merah seulas dua dimayang
9. halia 1 cm dihiris nipis

Cara membuatnya
1. Sumbatkan sotong dgn beras menggunakan sudu teh (mudah)
2. sumbat separuh daripada badan sotong tu sahaja
3. Sematkan dgn lidi tu (cucuk hujung badan sotong tu, elakkan pulut keluar)
4. aturkan sotong ke dalam periuk (saya guna rice cooker)
5. masukkan santan pekat hingga cukup2 menutup badan sotong tu
6. taburkan halba, bawang merah dgn halia
7.masukkan gula
8. masukkan daun pandan yang dicarik2 (tp saya tak masuk, sbb tak ada)
9. taburkan sedikit beras pulut yang lebihan tu dalam 2 sudu makan (jgn banyak sangat, nnt kuah tak ada)
10. masak hingga empuk,
11.hidangkan

**beras pulut yg kita masukkan sedikit ke dalam santan tadi tu adalah sebagai pemekat dan juga penanda yang sotong kita dah masak
klu beras tu dah mengembang, maka maknanya sotong confirm masak, kembang terik


Kuahnya pun tak lah banyak, ala ala mcm pengat gitu

Oh tak sabarnya nak mencuba masakan saya ni, maklum ni memang kali pertama saya masak ketupat sotong, tgk org masak pun tak pernah.

Ayah saya mesti terkejut besar, anaknya yang sorang ni rupanya boleh juga memasak

(maklum kami tinggal berdua je, klu adik saya ada kami bertiga)
so saya mmg makan kat luar lah dengan Ayah saya. Oh, saya nak call Ayah saya lah, nak tanya resepi SINGGANG DAGING...pergh...mesti sedap!

selamat mencuba k.


No comments:

Post a Comment