Ijab dan Kabul

Friday, 27 June 2008

letih...

Sejak kebelakangan ini saya makin letih...
tapi saya rasa saya sedang menjalani fasa bahagia dalam kehidupan saya
setelah mengalami pelbagai kecelaruan lewat 'the chaos periodic virus'.

This chaos periodic virus strongly had nothing to do/ related with latest
diseases in this golden age world but merely referring to the state of my life..
A fictitious? if i could be as a good as faisal tehrani, well i'll be the luckiest person
in this world...(sigh).

Kenapa saya semakin letih ya,..berapa lama lagi masa yang saya ada di dunia ini..
berapa berat dosa yang mengikuti saya sepanjang perjalanan hidup ini, bolehkah
saya berlari di pentas akhirat nanti dengan sejuta bahagia..bolehkah?

Sedang amalan tidak setanding anak kecil yang suci hatinya...sedang amalan makin
terpinggir dek kesesakan nafas lelah dengan ujian Allah yang berganda.
Bahagiakah dengan hanya mampu ber'rasional' semata? Tapi saya merasa
bahagia dengan percubaan demi percubaan Allah Yang Maha Pengasih, kerana ia
menyedarkan saya dari kelalaian yang mula memagari hati dan tindakan.

Terima kasih kepada rakan - rakan yang banyak mendoakan saya, saya makin kuat
kini. Isnin ini, kehidupan baru saya akan bermula. Mungkin ini yang terbaik dalam
menyediakan dana untuk berlari di akhirat...mungkin, mungkin. Mungkin ini cinta
baru saya.. mungkin ini penyembuh kepada sikap lara (lagho) saya beberapa waktu
dalam kegelapan itu. Oh! Tidak, tidak! Ini adalah penyembuh as-shifa' kepada
segala .. This is a true healing to my illness. I shouldn't be seen as weak as i was.
Just be positive, the illness will fades away one day, either i'll die first or i'll cure
to leads a wonderful life!

Saya bahagia kini, redha dengan ujian Allah yang kini saya pandang sangat memberi
makna dan warna pelangi dalam kehidupan sebagai hamba, manusia, wanita, anak
dan khalifah di sini.

Jangan berhenti mendoakan saya, jangan lupa untuk memaafkan dosa saya ini kepada
anda semua, dan saya sentiasa memaafkan anda kerana anda saudara saya.



No comments:

Post a Comment